Wednesday 14 December 2011

KeSaBaRaN adalah sikap yang terbaik dalam Hidup

Kesabaranlah yang membawa kepada kebenaran di dalam hidup kita.....Dugaan yg menimpa jugalah yg mengajar kita erti kesabaran, erti berdikari dan mengajar kita erti dewasa.. Tanpa ujian bila lah kita nak dewasa?? Mungkin asyik nak bergantung je, nak mengharapkan orang datang dan menolong kita.. Rasulullah juga sedari kecil sudah di beri bermacam-macam ujian.. Daripada kewafatan bapa baginda ketika baginda masih dlm kandungan Ibunya, lepas tu kewafatan Ibunya hingga beliau tinggal bersama Datuknya dan akhirnya beliau tinggal bersama bapa saudara baginda Abu Talib sehinggalah baginda berkahwin dgn Saidatina Khadijah..Bermacam-macam lagi ujian yg melanda namun baginda tetap tambah menjalani keperitan hidup.. Inilah yg patut kita contoh....kalau tidak silap sayalah....

Jadilah marilah kita sama - sama tanam sikap sabar dalam hati kita...supaya kita menjadi salah seorang insan yang sering disayangi.....dan juga di hormati....heeee~~



Sunday 11 December 2011

Hidup Ku bersama GPMS



Aku diberi satu tanggungjawab yang sangat besar. Aku telah dilantik menjadi Yang Dipertua GPMS UTeM..
Tugas ini adalah amat berat bagi aku..
Aku menerima tugas ini dengan mencabar diri ku untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun diri aku mempunyai banyak kelemahan dan juga kekurangan. Selepas aku dilantik sebagai YDP aku mendapat tugas untuk membantu rakanku iaitu FIRDAUS BIN ISHAK untuk melancarkan satu pogram yang melibat IPTA dan IPTS yang lain. Sebelum aku menjayakan program ini aku telah diminta untuk membuat Seminar dari BTN.
Pada masa yang sama aku telah mengharungi banyak detik - detik kesusahan dan rintangan demi menjayakan lagi semangat anak - anak melayu di UTeM. Aku cuba memikirkan pelbagai cara supaya semua Ahli di bawah aku menjadi insan yang sangat baik walaupun aku tahu diri ku tidak sesempurna mana..
Aku tidak percaya aku mampu melakukan nya..tp dengan bantuan kawan - kawan di Ahli Majlis tinggi GPMS UTeM aku telah berjaya melakukan ia dengan jayanya walaupun banyak rintangan..
Aku amat sedih bila aku tidak dapat turut serta ke Kem Pekaderan siswa yang di Anjurkan UTeM tetapi aku yakin dengan gagasan GPMS UTeM yang aku tugaskan untuk membantu menjayakan lagi program ini..
Akhirnya Kem pekaderan itu telah di jalan kan dengan jayanya walaupun banyak kelemahan yang timbul dalam kem itu. Apa - apa pun thanks to all my member at GPMS UTeM..

Program pekaderan Siswa~~

Aku harap gagasan GPMS UTeM akan terus kukuh di mata negara. Aku sentiasa buat yang terbaik untuk persatuan ini kerana jiwa aku telah di tanamkan dengan GPMS dan aku akan cuba sedaya upaya mempertahankan ia supaya ia akan menjadi yang terbilang.





Alhamdulilah~~~

~~Di Segamat~~

~~~ Di Sabah ~~~
Selesai sudah kakak ku berkahwin pada 20 November 2011(Di segamat) dan 27 November 2011 (di Sabah)...Aku turut rasa gembira dengan penyatuan abang ipar ku dengan kakak ku.Aku akan selalu mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Aku mengharapkan kasih sayang di antara mereka berdua akan sentiasa kekal sehingga ke hujung nyawa. Mungkin aku tidak tinggal bersama kakak ku. Tapi aku sentiasa menyayangi keluarga lebih dari nyawa ku. Keluarga ialah pemangkin kepada kejayaan aku. Moga Siti Nuraini Binti Amran (kakak aku) dan Erwin@Kumar Bin Abir sentiasa kekal menjadi pasangan suami isteri yang paling bahagia.



sambil menyelam kita minum la air skt.....sambil ke kenduri kakak ku...family aku bersiar2 la di Sabah untuk menghiburkan diri masing2...hehehe













TERIMA KASIH KELUARGA KU