Friday 18 May 2012

HANG OUT WITH FRENZZZ

sesi Happy with Frenz
terbaik ada sahabat seperti mereka



sesi merampas makanan dari amin




 jojo suka sgt ngan wan

tgk ape menda la tu


arggghhhh.....kenyanggg


bergaya x kawan


muka tension kekenyangan



asyik btol makan member kita sorang


amboi wannnnnzzz


minum pun xlalu daaaaa


yaaaaaaaaa.....jmpe lagi nanti~




Monday 16 April 2012

chak!!

Dah lame gak la aku x update status aku kat blog ni maklum la aku ni kureng sikit bab2 nak berblog2 ni.....
sepanjang cuti nie aku timba banyak pengalaman....awal2 cuti jew aku da g skolah menengah sains Muar....Negeri Johor....
banyak golongan saudara aku di sana....Arwah Tok Ngah aku ada Muar gak.....hehehehe...balik semula cerita aku g sekolah Menengah sains Muar....


Sekolah Nie mmg bestla......Pelajar - Pelajar diorang memang the Best walaupun byk dugaan yang di hadapi huhuhu.....aku sangat2 berterima kasih kepada mereka yang membantu ku dalam melancarkan lagi program kali ini...mmg the bestla.....hehehhee...ni ha aku ngan the geng yang meriuhkan sekolah ini dan membantu adik adik kita untuk trus maju ke hadapan....




Selepas habis program ini aku balik segamat ngan kawan aku faizal Khalik.....aku punya tidur ngan dia mmg xingatla.....bantai tidur da mcm xpenah tidur di Segamat....sorry la xlarat nak amek gambar sambil tidur...heeeee

lepas tu aku balik melaka Awal dengan azam nak study EMT(Elektromagnetik) tp susahnya...aku garu kepala jew kot...tiba saudara hafis pggl untuk g kem rabiatul adawiyah...hehehehhee....

Tiba - tiba adalah seorang Insan minta aku untuk buat muhasabah diri....aku pon bincangla ngan pejalz.....aku xtahula aku mampu lakukan atau tidak....tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk membantu anak melayu yang sering mempunyai masalah sosialis...nyewww....huhuhu.....selesai pogram ini menampak terlalu ramai lagi pelajar melayu yang buta akan agamanya...sedihnya aku.....aku rasa terkilan sangat2.......apa apa pun aku mahu mereka do the best......

selang beberapa hari bwula aku p tgk BATTLESHIP ngan dak Amin....fuyoooo sonok beb.....hehhehehe....balik2 jew aku trus pk alamak ada test.....aduhhhhhh~~~~Peninggggg.......

cau la kengkawan....nak study...kekkekekek....jmpe lagi


Tuesday 7 February 2012

SAYANGI DIRI ANDA



JALAN YANG BENAR MERUPAKAN SALAH SATU CARA UNTUK MENGHADAPI MASA HADAPAN
BUKAN KELAJUAN YANG MENENTUKAN SEGALA NYA 
JADILAH INSAN YANG SENTIASA MENGHARGAI DIRI ANDA....
GAGAL ATAU BERJAYA BUKAN PENENTU....TETAPI USAHA SETIAP INSAN ITU YANG MENENTUKAN SEGALANYA
JADILAH ANDA PERLU SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENYAYANGI MASA HADAPAN ANDA...DI SITU AKAN MEMPERTINGKAT KASIH SAYANG PADA DIRI ANDA SENDIRI


Wednesday 14 December 2011

KeSaBaRaN adalah sikap yang terbaik dalam Hidup

Kesabaranlah yang membawa kepada kebenaran di dalam hidup kita.....Dugaan yg menimpa jugalah yg mengajar kita erti kesabaran, erti berdikari dan mengajar kita erti dewasa.. Tanpa ujian bila lah kita nak dewasa?? Mungkin asyik nak bergantung je, nak mengharapkan orang datang dan menolong kita.. Rasulullah juga sedari kecil sudah di beri bermacam-macam ujian.. Daripada kewafatan bapa baginda ketika baginda masih dlm kandungan Ibunya, lepas tu kewafatan Ibunya hingga beliau tinggal bersama Datuknya dan akhirnya beliau tinggal bersama bapa saudara baginda Abu Talib sehinggalah baginda berkahwin dgn Saidatina Khadijah..Bermacam-macam lagi ujian yg melanda namun baginda tetap tambah menjalani keperitan hidup.. Inilah yg patut kita contoh....kalau tidak silap sayalah....

Jadilah marilah kita sama - sama tanam sikap sabar dalam hati kita...supaya kita menjadi salah seorang insan yang sering disayangi.....dan juga di hormati....heeee~~



Sunday 11 December 2011

Hidup Ku bersama GPMS



Aku diberi satu tanggungjawab yang sangat besar. Aku telah dilantik menjadi Yang Dipertua GPMS UTeM..
Tugas ini adalah amat berat bagi aku..
Aku menerima tugas ini dengan mencabar diri ku untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun diri aku mempunyai banyak kelemahan dan juga kekurangan. Selepas aku dilantik sebagai YDP aku mendapat tugas untuk membantu rakanku iaitu FIRDAUS BIN ISHAK untuk melancarkan satu pogram yang melibat IPTA dan IPTS yang lain. Sebelum aku menjayakan program ini aku telah diminta untuk membuat Seminar dari BTN.
Pada masa yang sama aku telah mengharungi banyak detik - detik kesusahan dan rintangan demi menjayakan lagi semangat anak - anak melayu di UTeM. Aku cuba memikirkan pelbagai cara supaya semua Ahli di bawah aku menjadi insan yang sangat baik walaupun aku tahu diri ku tidak sesempurna mana..
Aku tidak percaya aku mampu melakukan nya..tp dengan bantuan kawan - kawan di Ahli Majlis tinggi GPMS UTeM aku telah berjaya melakukan ia dengan jayanya walaupun banyak rintangan..
Aku amat sedih bila aku tidak dapat turut serta ke Kem Pekaderan siswa yang di Anjurkan UTeM tetapi aku yakin dengan gagasan GPMS UTeM yang aku tugaskan untuk membantu menjayakan lagi program ini..
Akhirnya Kem pekaderan itu telah di jalan kan dengan jayanya walaupun banyak kelemahan yang timbul dalam kem itu. Apa - apa pun thanks to all my member at GPMS UTeM..

Program pekaderan Siswa~~

Aku harap gagasan GPMS UTeM akan terus kukuh di mata negara. Aku sentiasa buat yang terbaik untuk persatuan ini kerana jiwa aku telah di tanamkan dengan GPMS dan aku akan cuba sedaya upaya mempertahankan ia supaya ia akan menjadi yang terbilang.





Alhamdulilah~~~

~~Di Segamat~~

~~~ Di Sabah ~~~
Selesai sudah kakak ku berkahwin pada 20 November 2011(Di segamat) dan 27 November 2011 (di Sabah)...Aku turut rasa gembira dengan penyatuan abang ipar ku dengan kakak ku.Aku akan selalu mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Aku mengharapkan kasih sayang di antara mereka berdua akan sentiasa kekal sehingga ke hujung nyawa. Mungkin aku tidak tinggal bersama kakak ku. Tapi aku sentiasa menyayangi keluarga lebih dari nyawa ku. Keluarga ialah pemangkin kepada kejayaan aku. Moga Siti Nuraini Binti Amran (kakak aku) dan Erwin@Kumar Bin Abir sentiasa kekal menjadi pasangan suami isteri yang paling bahagia.



sambil menyelam kita minum la air skt.....sambil ke kenduri kakak ku...family aku bersiar2 la di Sabah untuk menghiburkan diri masing2...hehehe













TERIMA KASIH KELUARGA KU


Tuesday 27 September 2011

baru

pada hari ini aku sangat baru dalam dunia blogger nie....aku harap ade tunjuk ajar dr kawan2 yg lain....aku mmg xreti nak typ panjang2 nie...hehe